“Putus dah...”
“WHAT?!!”
Heh...
Dan aku pun...
Cerita semuanya pada Khaira sambil makan.
“Dua minggu dah cerita ni? Kenapa kau tak cakap dengan aku?”
“Ni... Aku tengah cakap dengan kaulah! Benda macam ni, mana seronok cakap dalam telefon.”
“Kalau kau cakap awal, aku akan sawi kan mamat tu. Tak guna betul.”
Aku dah kobis kan bini dia...
Kau nak sawi kan laki dia pula!
“Aku ni memang magnet lelaki tak guna. Dulu Mikail, budak kelas kita. Dia mengaku single tapi ada girlfriend kat luar. Serik dengan couple satu kelas, aku couple dengan Eusoff, budak engineering. Kalau Lan tak beritahu dia tu gay... Mesti dah bertahun aku kena tipu. Padanlah dia... Romantik semacam! Serik dengan cinta satu kelas, satu universiti... Aku beralih pada cinta yang spontan pula. Jumpa Fhaliq masa aku melepak di Onn, lama-lama sangkut. Mana nak tahu, dia suami orang. Tiga-tiga tu curang. Curang dengan perempuan lain, curang dengan lelaki lain dan sekarang curang dengan bini sendiri. Ra, ajarlah aku nak cari orang macam Lan!”
“Mungkin...”
“Apa?”
“Kau kena bercinta pula dengan musuh! Mungkin... Itu lebih lama.”
“Hah?”
“E. Zahrin... Apa cerita dia?”
“Dia...”
Dan tiba-tiba...
Mata aku tertumpu pada susuk tubuh yang baru masuk ke dalam kafe. Dia dan... Seorang lelaki yang aku kenal.
“E. Zahrin!”
“Ha... Dialah. Apa cerita dia? Kenapa dia kejar kau tadi?”
“E. Zahrin... Dia baru masuk kafe ni. Dan... Kenapa dia dengan abang kembar kau?”
“Hah? Dia dengan Khai? Takkanlah...”
“Takkan apa?”
“Dia pengapitnya...”
“Apa?!!! Takkanlah...”
Huh...
Perlu ke aku beritahu Khaira...
Siapa sebenarnya bakal kakak ipar dia tu?
#JodohTersalahAlamat